![]() |
| Credits to Atiqah Rahman |
Dulu aku pernah update status serius sebegitu and I think it is happening to everyone.
Dulu kawan kita ramai. Semua orang jadi kawan kita. Jumpa tepi jalan pun kawan kita. Berkawan pun tak kesah dia sapa.
Makin ramai kita kenal, makin ramai kita lupa. And as we grow up, our cycle of friends just shrink. You might just stay with one or two real BFFFFs yang sama blajar dari tadika. You might stick with those you meet after SPM. You might find new friends, but usually tak ramai. Tak ramai.
Aku ingat lagi mula-mula aku dan rakan-rakan uni aku dapat Digi D'Campus Plan yang free call tu.
"Wuhuuuuu free kol laaaa aku nak call semua kawan yang guna Digi!!!!!! Bestnya bestnya!!!!!!"
Lima saat kemudian sambil scrolling down the phonebook, "Hmm aku nak call sapa aa? Ala. Aku tada kawan rupanya".
We used to laugh at that joke. Tapi sekarang macam real. Ada tada free call sama jak. Aku tada kawan. (Ataupun kawan aku sebenanya tak ramai pakai Digi. Yakin.)
Kadang-kadang bukan sebab ko tak nak call, tapi ko tada masa. Masa ko terbuang untuk main Dance Mania ataupun tonton tv atau buat lesson plans dan mengemas rumah.
Kadang-kadang ko tada topik nak dibualkan dengan kawan.
Kadang-kadang tak tau mulakan perbualan.
Kadang-kadang malas.
Dan paling sakit kalau balik rumah time cuti. Kawan semua hilang. Smua tada. Last-last cari ja la member adik ka member abang kakak sebagai teman minum teh di kedai kopi. Tak pun, lepak dengan mak bapak at home. Online sampai jari patah. What a life.
Oh oh konon kalau sunyi tada kawan, carilah boyfriend. Baik, aku cari satu. Ada la teman sms dari pagi smpai malam bergayut 3 jam setiap hari setiap malam. Tada aktiviti dengan kawan-kawan, tapa. Boyfriend ada. Bila dah break, haaa. Baru tau sedapnya rasa kesunyian kesorangan kebujangan kekurangan kasih sayang. Pastu jumpa perkataan Jomblo. Just the right word.
Ya tepat sekali. Sebenarnya aku berhasrat join FotoRaduan yang dianjurkan oleh Perempuan Jomblo.
![]() |
FotoRaduan™ (Intro) - Peraduan Foto Bersama Perempuan Jomblo |
Tapi aku rasa aku lari format, sebab aku cerita tentang perasaan not much tentang gambar. Apa-apapun, terima kasih Encik Atiqah Rahman kerana membenarkan aku menculik gambar ini. Btw, itu underwater attempts di Semporna, Sabah. Awesome road trip :)
Sekian. Selamat berjomblo.


0 biji axiom:
Post a Comment