Hari itu saya berak dalam seluar. Saya tak bagitau Aunty Cel sebab saya malas dan pura-pura tak tau apa itu berak. Lagipun, Aunty Cel tido ayam. Saya main la dengan apa saja la barang saya nampak atas meja tu. Bila Aunty bangun, dia sedar saya berak. Dia bawa saya pergi jamban. Dalam jamban, dia pukul tangan saya sebab ini bukan kali pertama saya berak dalam seluar. Tapi kali keempat kelima keenam saya tak ingat saya tak pandai mengira lagi. Saya cakap "Aduh, sakiiiit". Aunty macam mau ketawa tapi dia marah lagi saya sebab tak pandai cakap nak berak. Mana la saya tau saya terberak.
Saya ingat lagi kata-kata Aunty dulu. Dia cakap "mun Sarah manik gei dagen seluar, Aunty cen Sara dagen jaban". ("kalau Sara berak lagi dalam seluar, Aunty kurung Sara dalam tandas")
Setelah bersih dicuci, saya cepat-cepat bangun dan mau keluar dari jamban itu. Tapi Aunty dengan stern nya tahan saya dan cakap cara dewasa saya tak paham. Yang pasti lepas tu, dia kluar dan kunci pintu dari luar. Tinggal saya sorang. Saya benci Aunty Cel. Jahat dia.
Saya nangis kuat-kuat, saya tolak pintu saya ingat saya kuat. Tapi pintu tak buka pun. Saya dengar Aunty bising-bising di luar komplen dengan jiran sambil berus seluar saya yang dpenuhi taik. Satu perumahan tau saya berak dan dikurung dalam jamban. Oh suara saya pun kuat saya nangis, mestilah orang semua dengar.
Saya tak peduli. Saya terus jerit "Tolong!! Tolong!!" sambil meneruskan perjuangan saya nangis. Jiran saya cakap "Pandai Sarah minta tolong". Saya rasa saya cukup memangkak Aunty saya yang jahat itu. Beberapa saat kemudian, dia tanya saya dari luar "Lain kali berak dalam seluar ka berak dalam tampoi?". Mestilah saya jawab "Tampoi..wuwuwu.."
Lepas tu pintu buka. Perangkap saya berjaya. Nescaya tiada orang berani mengurung saya atau tinggalkan saya di mana-mana lagi.
Lepas tu, ada juga la saya kencing dalam seluar lagi. Saya memang pama. Info tambahan, saya tak suka la orang sibuk pakaikan baju tidur untuk saya. Saya hebat, saya sendiri boleh buat itu semua. Walaupun seluar tido saya terjerut-jerut dan terpusing-pusing di punggung. Siapa ganggu saya, saya akan nangis dengan cepat dan bising. Saya ada kuasa.
Sekarang saya ada new addiction. Saya pandai lukis dan warna secara virtual dalam program Paint tapi hanya dalam Windows 7. Kalau Windows XP macam dalam laptop Aunty Cel, sori la. Saya tak minat yang kuno. Nenek suruh Aunty Cel ajar saya ABC esok pagi, dari dia tidur sampai tengah hari. Macam la saya tak pandai, senang saja nyanyi ABC. Tengok Mickey Mouse dalam Youtube lagi mencabar.
Sudah la, cakap banyak tak guna. Orang dewasa semuanya gila.
Yours truly,
Sarah Grace.
P.S. I just turned 3 years old on the 27th August.
4 biji axiom:
Saya suka membeli sayur daripada Misel kerana sayur Misel sedap (tak ada idea lain gik).
Ahahaha.. Damn hilarious! From a perspective of your cute niece la itu.. Aunty Misel garang rupanya.. Garang kerana sayang juga kan.. hehe
Maureen, you're the only one coming up with different sentences. Anda berjaya completekan slogan ini, patut la anda slalu menang contest.
Heh, kids are hilarious. Terbantut perasaan garang. Ada-ada singen.
o.m.g (mun au bei pilak banner outside affin bank, ull say: OH MENARIK GILER!) hahaha.
oy. aneng necen au sarah dagen jaban ka?? hahhahaa. kesian itu budak. bei lah au ngajer nyin ABC nei?? igik nyin pun kubeu nah k!! jalan raya. hohoho!
ur post is super hilarious ako tawa labik terbersin.
tawa labik terbersin, nice one. haha.
nang kurung ko dagen jamban but for like 2 min un. but never again now la even though she sometimes still berak dlm sluar. saja bak ugut nyin haha.
so far nyin tao nulis huruf A. oh saya harus berusaha lagi!
Post a Comment