Friday, September 25, 2009
I'm not pissed off. Really.
Thursday, September 10, 2009
Contoh Surat Kiriman Rasmi
Cikgu Michelle Muroh,
SMK Arshad,
Kota Belud Sabah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar-pelajar 4SS2,
SMK Arshad,
Kota Belud,
Sabah. 6 September 2009
Wahai pelajar-pelajar sekalian,
End of teaching practical / Tamat praktikal mengajar
Sehubungan dengan perkara di atas, saya ingin memaklumkan lagi bahawa saya tamat perkhidmatan mengajar di SM Arshad pada 11 September 2009 (Jumaat). Latihan mengajar telah dijalankan dengan hebatnya selama 3 bulan bermula pada 15 Jun 2009 yang lalu.
2. Maka di sini saya ingin menyampaikan hasrat hati melalui surat kiriman rasmi ini. For the past 3 months, I have given the chance to take over your class - teaching both Mathematics and Science. These are the things that I experienced for the past 3 months :
a) Fenomena tengok-tengok, siul-menyiul dan panggil-memanggil daripada pelajar kelas-kelas lain sepanjang perjalanan ke kelas 4SS2. Mesti macho selalu sewaktu berjalan.
b) Waktu rehat dan bukan rehat sebenarnya sama sahaja. Biasanya kamurang keluar makan bila-bila masa kamu mahu kecuali pada bulan puasa, mungkin ada kurang sikit.
c) Kejadian malas belajar dan malas buat homework itu memang sangat sebati dalam diri semua pelajar. Saya juga seorang pelajar. Syabas kepada yang rajin.
d) Mungkin perlu puji sedikit kerana kemurang sebenarnya ada potensi untuk berjaya dan jadi pelajar yang hebat dan taf. Jangan ba layan itu malas wahai anak-anak sekalian.
e) Pelajar malas membaca. Kurang bagus kerana tanpa membaca, kamu tidak tahu apa yang saya tulis di sini. Apa lagi kalau buku Sains, Perdagangan, Rekacipta, English, Sejarah dan sebagainya.
3. Ok, belum lagi habis. Ada lagi perkara penting yang ingin disampaikan seperti yang berikut:
a) Kamu kebanyakannya kuat main dan kuat membuat lawak most of the time. Masalah saya tidak dapat control macho untuk tidak ketawa kadang-kadang. Jadi maafkan saya kerana kuat ketawa.
b) Namun begitu, kamu bukan golongan yang kurang asam sangat kerana biasanya bila saya ada tegas sikit, kamu buat-buat takut dan mendengar kata. Jadi terima kasih kerana masih menghormati saya sebagai guru anda.
c) Walaupun saya mengaku saya hebat, tapi sebenarnya saya hanya insan biasa yang cuba untuk belajar untuk mengajar. Maka berlaku la kesilapan mengajar, kebosanan mengajar dan ketidakfahaman mengajar. Saya faham dan di sini ingin saya meminta maaf di atas kekurangan saya.
d) Yang paling penting, mungkin saya akan berasa berat hati mahu meninggalkan ini semua kerana sekali lagi saya hanya insan biasa dan kadang-kadang beremosi tahap normal. Jadi sebenarnya saya mungkin akan mengakui bahawa :
"I WILL MISS ALL OF YOU"
Ya itu sangat jiwang dan tidak taf.
4. Cikgu minta maaf jika ada terkasar bahasa atau buat kamu marah, kecewa, geram serta menyampah sepanjang pertemuan kita. Cikgu minta maaf tidak dapat jadi guru yang paling hebat dan bijak pandai. I apologize for every little thing I did, if any.
5. Sila jangan ikut format ini dalam SPM tahun depan. Terima kasih kerana sudi membaca, kamu memang pelajar yang hebat ok.
Sekian sahaja warkah pada kali ini. Kalau berjumpa lagi, sila tegur saya.
Yang benar,
____________________
(MISS MICHELLE MUROH)
870610-13-5420
Wednesday, September 9, 2009
Saya tidak rindu ini part 1


.jpg)
.jpg)



