Mereka kata...
Punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah kerana keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar sekolah itu sendiri seperti pertelingkahan ibu bapa, tidak mengambil berat anak-anak di luar rumah, ketandusan kasih sayang, tekanan di rumah, dan sebagainya.
Tapi sebenarnya...
Punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah kerana sikap pelajar sendiri yang agak malas hendak pergi ke sekolah. Hal ini mungkin disebabkan persekitaran sekolah yang kurang kondusif, pembelajaran yang panjang dan memenatkan, pengaruh rakan sebaya dan malas. Malas ok, malas.
Fikir-fikir...
Aku jarang ponteng sekolah dahulu kala.
Sekali dua kerana diri aku malas dan bosan dengan sekolah.
Ibu bapa aku masih ambil berat tentang aku dan aku rasa aku tak gersangkan kasih sayang.
Tekanan di rumah menyebabkan pelajar ponteng? Sepatutnya tekanan di sekolah. Kalau tekanan di rumah, anak akan ponteng rumah. Lari dari rumah.
Oh ya, aku selalu ponteng kuliah. Aku masih tak tandus kasih sayang atau tertekan.
Mereka kata lagi...
Para guru berusaha menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah sentiasa segar bagi memupuk emosi seronok dan minat yang berkobar-kobar di kalangan pelajar untuk belajar.
Tapi sebenarnya...
Para guru tidak dapat berusaha menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah sentiasa segar bagi memupuk emosi seronok dan minat yang berkobar-kobar di kalangan pelajar untuk belajar melainkan:
-Guru tersebut sangat hensem/cantik
-Guru tersebut sangat hensem/cantik dan masih single
-Guru tersebut lulus subjek Pedagogi Pengajaran
-Tempoh masa pembelajaran diubah
-Syllabus dikurangkan supaya kaedah pengajaran dapat ditingkatkan
-Sistem pembelajaran di Malaysia stick dan tidak berubah-ubah kerana hal-hal tertentu
-Pelajar sendiri yang ingin hendak belajar
Fikir-fikir...
Ada orang cakap:
"Kalau hati betul-betul mau study, memang boleh study punya walaupun guru/lecturer kurang pro dalam skill mengajar, persekitaran yang kurang kondusif, cuaca yang panas seperti sekarang, atau subjek sangat-sangat susah."
Sekali lagi, kerana malas kita kompom tak belajar.
Aku antara manusia yang selalu menggunakan alasan lain untuk menghalang diri daripada belajar.
Kalau aku malas, even pengajaran dalam bentuk gig pun tidak memberi kesan kepada aku.
Jadi buanglah sifat malas aku ya. Tolong. Terima kasih.
All the best with your finals, SPM, STPM, midterms, quizzes, thesis, presentation and anything academic.
Pura-pura la rajin, at least. Selamat berjaya.



0 axiom(s):
Post a Comment