Aku dilahirkan di kilang. Aku ada banyak member dan adik beradik. Ada yang sama muka dengan ku, ada yang tidak. Warna ku merah kerana merah itu berani. Jadi aku sengaja pilih warna merah untuk autobiografi ini. Aku ada adik junior yang berwarna hijau muda dan warna biru muda. Selain itu, aku ada abang dan kakak senior yang berwarna hijau dan biru kepurplean. Aku kurang ingat la warna senior ku sebab aku tak berapa suka mereka senior ni sebab mereka lebih kuat dan lebih hot dari aku.
Lepas lahir, aku tak ingat la camana aku boleh terkeluar dari kilang dan tiba-tiba aku berada di tapak tangan seorang pelajar UMS. Perempuan, budak third year amik course pendidikan dengan sains dan mempunyai keluarga di Sibu, Sarawak. Secara otomatik beliau jadi tuan aku walaupun aku tak sempat berkenalan dan tanya nama penuh beliau. Tuan aku tak banyak songeh, dia tak ambil warna lain. Mungkin sebab aku ni hot lagi dari senior aku dan menyebabkan aku terpilih antara semua.
Lalu aku disimpan baik-baik dalam beg tuan aku. Oh sungguh gelap di dalam beg beliau. Aku ada terjumpa benda warna putih, plastic-made la aku rasa dan ada tulis Toshiba 1GB. Sikap peramah tuan aku menular dalam diriku lalu aku bertanya Toshiba apakah menatang dirinya itu.
Lepas lahir, aku tak ingat la camana aku boleh terkeluar dari kilang dan tiba-tiba aku berada di tapak tangan seorang pelajar UMS. Perempuan, budak third year amik course pendidikan dengan sains dan mempunyai keluarga di Sibu, Sarawak. Secara otomatik beliau jadi tuan aku walaupun aku tak sempat berkenalan dan tanya nama penuh beliau. Tuan aku tak banyak songeh, dia tak ambil warna lain. Mungkin sebab aku ni hot lagi dari senior aku dan menyebabkan aku terpilih antara semua.
Lalu aku disimpan baik-baik dalam beg tuan aku. Oh sungguh gelap di dalam beg beliau. Aku ada terjumpa benda warna putih, plastic-made la aku rasa dan ada tulis Toshiba 1GB. Sikap peramah tuan aku menular dalam diriku lalu aku bertanya Toshiba apakah menatang dirinya itu.
“Oi oi kamu ni hidup ka mati?”
“Paloi. Dah aku lam autobiografi benda bukan hidup, mestilah aku bukan hidup.”
“Aik pandey klakar S’wak duhal. Dah makan tek?”
“Aku posa aritok. Lamak dah ku sik nangga muka kitakorang dalam tok. Aku sik ingat dah brapa ekok dah kaum kedak kau tok ku temu.”
“Aih menar? Nabes ku eh, pa la nak dipolah tuan kita ya ngan aku. Aku tok sik banyak pengalaman.”
“Sik lamak ko dalam tok pok. Tangga ko lak, udah sampey Kampung E lak pandey ilang ko dari sitok. Tukar gik tuan ko lak.”
“Ko tok makin polah ku nebes. Ko tok apa sebenarnya? Lupak nak intro dirik. Aku Si Merah.”
“Si Merah indah. Ko ingat ko pusak ka nak ngkah nama suka suka kedak ya. Aku tok sejenis Pendrive. Nama dah tulis rah badan ku 1GB.”
“Ney la ku tauk koh. Bukan ku poret nak tauk suma benda bukan hidup dalam alam semulajadi tok. Bez ka idup ko Pendrive?”
“Susah nak padah pok. Kadang-kadang ku sihat kadang-kadang ku sakit. Besalah orang tua ba. Besar 1GB jak pun. Mun ko g Karamunsing, melobo pendrive saiz 2GB, 4GB. Suma mudak mudak kakya ada juak la awek cun sia sinun lepak rah karamunsing ya.”
“Oh kedak aku juak la ada senior nok asa kuat. Dak junior ku ok jak. Nembiak kecik aok ajak ba. Pa juak polah ko tang sakit-sakit? Ko g nanam padi huma ka?”
“Yobihh sik main la huma. Aku makan beras Siam. Sik lalek ku rega beras dah nait, janji nyaman.”
“Yalah makin sakit diembak makan beras Siam. Kita tok orang Malaysia, sik lamak gik National Day. Patriotik la sikit oh.”
“Yea.. aku tok dari Jepon lamak stay rah Sibu ngan tuan ku. Aku bok jak nak memahami politik Malaysia tok eh. Bok tadik tuan ku sending file MalaysiaKini dalam badan ku tek.”
“Tensen ku nangga politik Malaysia kinek tok eh. Aku yang sik tauk papa gilak tok pun pandey asa intimidated juak.”
“Yah yalah kita tok setakat benda bukan hidup bukan dapat mengubah nasib politik di Malaysia tok. Stakat jadi tempat simpan soft copy dapat la aku tok.”
“Oh ya tek signifikan kau ke atas kehidupan manusia tek. Jadi pahal mala sakit? Antibodi ko sik cukup kuat kali nak.”
“Masalahnya bukan antibody aku pok. Masalahnya manusia kinek tok suka nak polah benda nok menyusahkan. Ability yang ada dalam diri ya k polah virus paling kuat dalam muka bumi. Kakya sapa juak susah? Aku juak. Family aku juak. Tuan aku juak. Ya suma pc dak laptop rah UMS tok suma la share virus yang sama. Sapa sik sakit? Sakit gik ati bila dah g berubat, sakit balit kenak virus yang sama pok. Yobihh sak ati na aku eh, dahla aku tua.”
“Shwooaaa ilek ko ilek. Boh ngerepak banyak gilak. Sikpa la mun kenak virus ya format jak. Ko pun kecik jak setakat 1GB.”
“Kecik ya sensitive. Aku tok tua, bukan kecik. Mun dah format slalu glak, sakit juak cip-cip aku tok. Tauk juak ko pasal format tok oh.”
“Member ku ada miak SKTM ba. Ada la juak sidak ngajar sikit pasal format tok. Aeh aeh..pahal goyang goyang indah tok?”
“Adeh deh..pegang kuat kuat pok. Ku asa tuan kita tok tengah berebut masuk bas. Nang camtok la hari-hari. Ku ada rekod lam daily planner ku. Sik sah sik berebut lam sehari.”
“Yiohh..ribut juak idup tuan kita tok. Tapi nya cool o.”
“Adalah juak. Eh pok…zip beg dah bukak ya. Udah ko kenak tangkap. Tahan nafas ko nun.”
“Aku bernafas k insang. Lam aek jak ku bernapas. Yiohhh…wooo..aku nak diembak g siney tok pok?”
“Ney la ku tauk. Just experience it, dude. Wa caya sama lu!”
“Ok, ok. Mupok lok pok, ada masa kita temu gik. Chow!”
Menghairankan, tuan aku hanya menggenggam aku dengan penuh makna. Seperti ada sesuatu yang diingini oleh beliau tetapi beliau cuba untuk restrain perasaan dan emosi yang membelenggu beliau itu. Aku melihat tanpa tafsiran ke arah stall jual cucur pisang yang dikunjungi manusia-manusia kelaparan. Lalu tuan aku meninggalkan commotion yang ada sambil menggenggam aku dengan puas hati dan beredar dari situ.


1 axiom(s):
ape pula nasib disket yg semakin dilupakan?
Post a Comment